Ahad, 27 September 2015



KEPELBAGAIAN  BUDAYA
        PENGARUH PERKEMBANGAN          
        TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN 
         KOMUNIKASI
GEJALA SOSIAL

Definisi budaya



Ciri-ciri budaya



Fungsi komputer dalam pendidikan







Implikasi TMK dalam pendidikan






Tambah kapsyen

definisi budaya

Tekanan emosi di kalangan guru

 Konsep Stres

Stres adalah satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada masa kini.  Dari sudut bahasa stres membawa maksud tekanan di mana tekanan ini adalah fitrah kehidupan (Harunsani,2004 dalam Mohd Taib dan Hamdan 2006).  Menurut Mohd Salleh (1994) stres adalah reaksi fizikal dan mental seseorang akibat sesuatu situasi yang menyebabkan ketidakselesaan dalam hidup.  Ketidakselesaan ini boleh memberi dua kesan berbeza kepada individu iaitu sama ada kesan positif atau negatif.  Stres pada kadar rendah adalah positif kerana ia boleh menggerakkan individu untuk mencapai apa yang ingin dicapai.  Sebaliknya stres pada kadar tinggi boleh mendatangkan kemudaratan seperti kemerosotan kesihatan atau perhubungan.

Di Malaysia masalah stres dalam kalangan guru memang hebat dibincangkan dan banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengkaji aspek ini.  Mengikut Kyriacou (2000) stres guru ialah pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru.  Bebanan tugas guru dan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan adalah antara faktor yang menyumbang kepada masalah stres dalam kalangan guru.

  
4.3.2  Jenis-Jenis Stres





Mengikut Cockburn (1996) terdapat lima jenis stres yang dialami oleh guru iaitu;


Stres ‘here and now’
Stres ‘here and now’ didefinisikan sebagai stres yang wujud pada sesuatu masa atau ketika.  Contohnya; ketika peperiksaan, pertengkaran atau ketika berlaku kemalangan. 

Stres ‘anticipation’
Stres ‘anticipation’ merujuk kepada situasi di mana guru bertindak balas terhadap sesuatu perkara yang dijangkakan.  Contohnya; apabila guru baharu dilantik untuk menjadi guru kelas dan terpaksa berjumpa dengan ibubapa dalam perjumpaan PIBG.  Sebagai guru baharu yang tiada berpengalaman, situasi ini boleh menimbulkan perasaan stres ‘anticipation’.

Stres imaginatif
Stres imaginatif wujud apabila individu akan berimaginasi tentang sesuatu yang menakutkan atau negatif.  Sebagai contoh; anda tinggal bersendirian di rumah dan anda mendengar pelbagai bunyi di luar.  Secara tidak langsung anda akan mula mengandaikan bahawa terdapat pencuri di luar yang sedang mencuba untuk menceroboh rumah anda. 

Stres Reaktif
Stres reaktif ialah stres yang wujud akibat daripada peristiwa atau pengalaman lampau.  Ia berlaku secara semulajadi.  Contohnya ialah apabila seseorang individu baharu sahaja kehilangan orang yang disayangi.  Proses mengimbas semula pengalaman lampau ini akan menyebabkan stres reaktif berlaku.
  
Stres Negatif
Stres negatif ialah sesuatu yang  memuncak dalam tempoh masa sama ada hari, minggu, bulan atau tahun.  Ia boleh disebabkan satu punca sahaja seperti masalah kewangan atau rumah tangga.


4.3.3  Punca-Punca Stres
Menurut Faizah dan Mazlan (2010), Punca stres kehidupan merangkumi lapan faktor iaitu :

Gaya Hidup
*Disiplin pemakan yang tidak sihat. 
*Gemar berbelanja  menggunakan kad kredit walaupun ada kalanya  
      barangan yang  dibeli tidak diperlukan.
*Tidak dapat membezakan antara waktu bekerja dengan waktu berehat bersama –sama keluarga.
*Kurang melakukan senaman bagi menjaga kesihatan diri.
*Tidak dapat menyusun ritma tidur yang sistematik.

Kewangan
*Mempunyai masalah disiplin kewangan yang teruk. 
*Sifat individu yang tidak pernah merancang sebelum berbelanja.
*Gaji yang tidak mencukupi untuk menampung kehidupan peribadi    
   dan keluarga.
*Perancangan kewangan yang buruk.
*Kerap terganggu dengan masalah kewangan.

Personaliti.
*Sukar untuk melahirkan perasaan gembira.
*Tabiat terlalu banyak bercakap daripada mendengar.
*Kerap tergesa-gesa untuk menyiapkan sesuatu kerja.
*Kerap mengambil keputusan  tanpa berfikir secara rasional.
*Mudah marah walaupun terhadap perkara-perkara yang remeh dan kecil.
Spiritual.
*Tidak redha terhadap apa yang telah berlaku ke atas diri sendiri. 
*Mudah menyalahkan orang lain.
*Sukar untuk berasa tenang apabila menghadapi sesuatu masalah
atau dugaan hidup.
*Sukar menjalinkan hubungan persahabatan.
*Kurang bersabar dalam menghadapi sesuatu keadaan terutamanya
yang melibatkan perkara-perkara yang sukar.

Peristiwa Hidup
*Berasa diri tidak berguna.  Keadaan ini berlaku akibat sikap yang terlalu melihat kelemahan diri dan aspek negatif berbanding aspek yang positif.
*Seseorang yang mempunyai kenangan pahit yang sentiasa  membelenggu kehidupan. 
*Berasa Tuhan tidak adil terhadap dirinya.
*Kerap berasa kesunyian.  Keadaan ini telah membuatkan individu itu merasa bosan dan stres.
*Masalah sejarah perpisahan yang telah membuatkan diri merana dan sentiasa mengalami stres.


Persekitaran
*Berasa lemas dan sesak kerana terlalu ramai anggota keluarga
tinggal bersama-sama  di dalam sebuah rumah.
*Mempunyai masalah dengan jiran. 
*Individu yang berasa bilik tidur tidak selesa dan tidak sesuai untuk
dijadikan tempat berehat. 
* Mempunyai masalah dengan suasana kehidupan keluarga yang
bising dan menyebabkan fikiran seseorang kusut.
*Berasa tempat tinggal sekarang terlalu sesak dan tidak selesa.

Perhubungan
*Mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja.
*Berasa rakan-rakan sukar untuk mendengar luahan perasaan yang
     hendak dikongsi.
*Mempunyai masalah sukar berasa gembira apabila bersama rakan. 
*Berasa orang yang rapat dengan anda sukar untuk memahami diri
     anda. 
*Mempunyai sikap tidak selesa apabila bergaul dengan masyarakat
     setempat.

Pekerjaan
*Mempunyai sikap suka melambat-lambatkan kerja.
*Mempunyai masalah dengan kawalan pelajar semasa mengajar.
*Berasa jadual waktu mengajar yang diberikan kepadanya adalah membebankan.
*Berasa kurang dihargai oleh pihak sekolah.
*Seseorang yang beranggapan bahawa dasar pelajaran membebankan dan terlalu banyak perubahan dilakukan.


4.3.4  Tanda-Tanda Stres

Psikologikal
Ciri-ciri  Psikologikal
·                     Mudah berasa bimbang, tertekan, keliru dan mudah meradang.
·                     Timbulnya perasaan kecewa, marah dan kebencian.
·                     Emosi terlalu sensitif dan sangat pasif.
·                     Memendam perasaan, menarik diri dan kemurungan.
·                     Kurangnya komunikasi yang berkesan.
·                     Timbulnya perasaan tidak mahu bergaul dan suka mengasingkan
diri.
·                     Rasa bosan dan tiada kepuasan kerja.
·                     Keletihan pada mental, penurunan fungsi intelektual dan kehilangan
tumpuan.
·                     Kehilangan sifat spontaneity dan kreativiti.
·                     Menurunya rasa harga diri.

Tingkah laku
Ciri-ciri Tanda Tingkah Laku
·                     Suka melengah-lengahkan kerja, mengelak bekerja dan suka
ponteng kerja.
·                     Menurunnya prestasi dan produktiviti kerja.
·                     Meningkatnya penggunaan alkohol,  penyalahgunaan dadah dan
bahan-bahan terlarang.
·                     Kerap menunjukkan tingkah laku sabotaj dalam pekerjaan.
·                     Tabiat makan yang melampau dan peningkatan berat badan.
·                     Tingkah laku makan yang tidak normal sebagai bentuk penarikan
diri dan kehilangan berat badan dengan tiba-tiba dan kemungkinan hal berkombinasi dengan tanda-tanda kemurungan.
·                     Meningkatnya tingkah laku berisiko tinggi, termasuk cuai dalam
memandu dan berjudi.
·                     Meningkatnya tingkah laku agresif, vandalisme dan  jenayah.
·                     Menurunya kualiti hubungan dengan keluarga dan rakan.
·                     Membunuh diri atau cuba membunuh diri.

Tanda Fizikal
Ciri-ciri Tanda Fizikal
·                     Meningkatnya denyutan jantung, tekanan darah dan
kecenderungan mengalami penyakit kardiovaskular.
·                     Meningkatnya rembesan hormon stres (contohnya, adrenaline dan
nonadrenaline)
·                     Mengalami masalah gangguan gastrointestinal termasuklah irritable
bowel syndrome, radang dinding usus besar dan ulser.
·                     Meningkatnya kecederaan dan kemalangan pada tubuh badan
·                     Keletihan fizikal dan berkemungkinan mengalami sindrom keletihan
yang kronik.
·                     Gangguan pernafasan, termasuklah gangguan keseluruhan
bahagiannya.
·                     Gangguan pada kulit.
·                     Sakit kepala, sakit pada bahagian bawah punggung dan
ketegangan otot.
·                     Rosaknya fungsi imunisasi badan, termasuklah mempunyai risiko
tinggi untuk menghidapi kanser.

Rumusan
Stres boleh menjejaskan banyak aspek kehidupan individu.  Bagi mengelakkan stres  individu itu perlu mengenal pasti situasi yang menimbulkan stres dan bagaimana individu itu boleh mengendalikannya.  Lebih banyak seseorang itu memahami tentang dirinya,  maka pengendaliannya akan lebih baik.
gejala sosial

Khamis, 10 September 2015

GEJALA SOSIAL

PENGENALAN
Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan tentang isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan murid sekolah. Secara umumnya masalah sosial merangkumi pelbagai perlakuan negatif atau buruk yang bertentangan dengan tatasusila ketimuran dan nilai-nilai murni serta yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.
PUNCA BERLAKU MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA.
1. Peranan Ibu bapa
Seringkali dikatakan ibu bapa mempengaruhi kejayaan remaja khasnya pelajar dalam pelajaran. Ini kerana ibu bapa yang sentiasa memberi galakan & perangsang sehingga mereka timbul minat, semangat ketekunan & keyakinan diri dalam menghadapi pelajaran. (Jamal Darus, 1989). Ibu bapa juga yang menentukan pola-pola tingkah laku remaja. Faktor-faktor seperti dorongan & galakan, disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa & anak seta keluarga yang utuh memberi kesan ke atas pembentukan personaliti, motivasi & pencapaian akademik remaja yang masih bergelar pelajar. Oleh itu, ibu bapa yang kurang memainkan peranan dalam pembentukan & perkembangan personaliti atau sahsiah remaja menyebabkan konflik sahsiah remaja tersebut. Ini menyebabkan remaja mencari jalan keluar dengan bersifat agresif & memberontak. Remaja yang mempunyai sifat tersebut lebih gemar menghabiskan masanya di luar rumah kerana berasa terkongkong berada di dalam rumah. Maka, dari sini bermulanya pengaruh-pengaruh negatif yang menyebabkan remaja terlibat dengan masalah sosial.
2. Masalah Keluarga
Faktor yang ke 2 ialah masalah keluarga seperti keluarga yang berpecah belah akibat penceraian, kehilangan tempat bergantung dan seringkali berlaku pertengkaran di antara ibu bapa. Remaja yang mempunyai masalah keluarga sering kali mencari tempat bagi melepaskan tekanan yang mereka ada. Pada ketika ini, pengaruh daripada rakan-rakan banyak menjadi punca kepada remaja untuk terlibat dalam masalah sosial. Peranan daripada ahli keluarga lain dapat membantu mereka menentukan arah perjalanan mereka dalam menghadapi cabaran zaman moden ini.
3. Kurangnya Didikan Agama
Jika ibu bapa tidak menerapkan ajaran agama dalam diri remaja, sedikit sebanyak remaja tersebut kurang panduan dalam menghadapi cabaran sosial. Pendidikan agama perlu diterap dalam diri remaja sejak kecil. Ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran & Hadith sebenarnya sudah cukup menyeluruh untuk dijadikan panduan hidup. Islam sudah menerangkan secara jelas tentang bahana setiap gejala sosial jika dilakukan oleh orang Islam.
4. Pengaruh Rakan Sebaya
Dalam diri remaja, pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku diakui cukup kuat. Kelompok rakan sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan & keputusan seorang remaja tentang perilakunya. Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri & mempunyai pengaruh yang ketara. Mereka dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja. Jika rakan sebaya mempunyai sifat-sifat positif seperti berdisiplin & cenderung melakukan perkara yang menbawa kebaikan, begitu juga sifat remaja berkenaan. Tetapi jika rakan sebaya cenderung mempunyai sifat negatif, begitu juga sikap remaja berkenaan. Ini kerana remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka sanggup melakukan apa sahaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. Remaja yang berasal dari keluarga yang bermasalah lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya & membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Paling teruk atas sebab pengaruh rakan sebaya ini akan mempengaruhi remaja terlibat dengan najis dadah, merogol, merompak & membunuh.

5. Penyalahgunaan IT
Di zaman penggunaan teknologi maklumat & komunikasi yang semakin berkembang pesat di Malaysia, ibu bapa berdepan dengan cabaran yang besar di dalam mengawal anak-anak mereka dari tidak menyalahgunakan teknologi ini. Antara penyalahgunaan IT yang paling popular sekarang adalah penyebaran video & gambar lucah di telefon bimbit. Muat turun aplikasi ini amat mudah didapati di kedai-kedai yang menawarkannya dengan harga semurah RM5. Bermula dengan ketagihan menonton aplikasi ini, remaja ingin mencuba. Maka terjadilah kes seks bebas & masalah pembuangan bayi yang semakin kritikal. Ada di antara remaja yang merakam aksi mereka melakukan hubungan seks atau merogol beramai-ramai & menyebarkan rakaman tersebut di dalam internet atau kepada rakan-rakan. Penggunaan laman web sosial seperti Facebook, Twitter & Friendster juga boleh menjadi virus sekiranya ia disalahgunakan. Tidak ada salahnya menambah kenalan tetapi jangan sesekali ia dijadikan tempat untuk memaparkan gambar atau video lucah. Disinilah terletak pentingnya peranan ibu bapa mengawal anak-anak mereka daripada melayari laman web lucah.

6. Rasa Ingin Tahu
Faktor lain yang membawa kepada berlakunya masalah sosial ini adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu. Biasanya mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang itulah yang ingin diteroka oleh mereka. Selain itu, remaja sekarang lebih suka kepada cabaran & mudah terikut-ikut dengan gaya & gaya hidup lain daripada yang lain. Jika tidak kena pada caranya, remaja akan terjebak dalam masalah sosial. Sebagai contoh kes hamil luar nikah, memetik kenyataan Akhbar Utusan Malaysia (30 September 2002) menyatakan, sikap terpedaya & sukar mengawal hawa nafsu dikenal pasti sebagai punca utma berlakunya gejala tersebut. Ini membuktikan, sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu tanpa mengetahui baik atau buruknya serta akibat yang bakal diterima.

CARA MENGATASI GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA.
1. Peranan Ibu bapa
Kita telah ketahui antara punca utama dalam penglibatan remaja dalam gejala sosial ini adalah kurangnya perhatian & kasih sayang daripada ibu bapa & keluarga. Bagi mengatasi masalah ini daripada terus berlarutan, ibu bapa perlu memberi perhatian, bimbingan & kasih sayang kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya, maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya.

2. Peranan Sekolah
Pendidikan merupakan elemen penting dalam strategi pencegahan & sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenal pasti, merancang & melaksanakan segala program & aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah & IPT untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial & mewujudkan persekitaran yang menjadikan masalah sosial itu dibenci & jijik.

3. Kesedaran Diri Sendiri
Remaja itu sendiri perlu ada kesedaran dalam menghadapi dunia yang penuh mencabar. Dalam soal ini, pemilihan rakan sebaya turut memainkan peranan dalam membentuk sahsiah diri remaja. Remaja perlu memikirkan baik atau buruk serta akibat sebelum melakukan sesuatu perbuatan dengan mendapatkan pandangan daripada ibu bapa & guru. Untuk mengelak dari terjebak dalam masalah sosial ini, remaja boleh melibatkan diri secara aktif dalam sukan & kem motivasi yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan & pertubuhan bukan kerajaan.

KESIMPULAN.
Semua anggota masyarakat perlu mengambil inisiatif untuk membendung gejala sosial ini dari terus menular dengan lebih serius. Setiap individu, keluarga & masyarakat di sesuatu kawasan perlu bekerjasama dan memainkan peranan dalam pencegahan gejala ini serta memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini. Masyarakat juga perlu menyokong usaha pihak lain seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan dalam melaksanakan program-program untuk remaja. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat tentang bahayanya gejala sosial ini jika tidak dibendung. Didikan agama perlu dititik beratkan dalam keluarga agar ia dapat dijadikan panduan.